Skip to main content

DOA BUAT SUAMI

DOA BUAT SUAMI

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..
 fb/IRMAHASMIE

Comments

Popular posts from this blog

BLOGWALKING!

assalammualaikum semalam kan i rajin blogwalking dari pukul 11pm sampai 2am hahaha sbb anak2 dah sleep kan so i buka my reading list terus singgah2..cari kenalan baru juga. yer lah lama kan x aktif blogging...lepastu stop sbb dah pening banyak sgt membaca and scroll haha biasa lah dah tua2 ni kan...so say haii to all my new blogger friends. so goals i blogger yg sendu ni nak reach to 1k follower agak2 nya bila boleh tercapai..?? ok lah tq semua yg support me ols. daaaaa..

ULANGTAHUN BULAN KE 4 KAMI!

Assalammualaikum.. Alhamdulillah.....atas izinnya pejam celik pejam celik da masuk 4 bulan da jd isteri dia hahaha 23hb 12 2012 adalah bln ke empat kami menyemai benih cinta perghh ayat xleh blahh hahaaha biarlah kan....baby??? on the way..... nghehehehee jd utk menggambarkan perasaan ku dikala ini wah3... i dedicate kan dis song utk my hubby yg skrg lgu ni menjadi bground song blog comel ni kekeke lirik nya seperti ini,...hope hubby sukaaa.... SAHABAT/SUAMI kau ada dikala ku SUKA , dikala ku DUKA setiap TANGISAN dan juga KETAWA kau ada dikala ku perlu SETIA menemaniku pegang ERAT tanganku bila ku JATUH kaulah yang selalu, selalu menemaniku mendengar KISAH pahit manis hidup ku kaulah yang disitu setia MENUNGGUKU kau lah yang SATU menjadi SAHABATKU kau ada dikala ku jatuh di setiap bangunku terus menemaniku tanpa rasa jemu kau ada disetiap tawa di kala bahagia kau menjadi sahabatku SELAMANYA kaulah yang selalu, selalu menemaniku ...

SEORANG TIGA PULUH

Assalammualaikum again 2nd post for today. muka seorang 30 tahun hahaha cant believe da masuk 3 series...sj nak je nk share. pada yg baru follow kan.jom lah berkenalan boleh follow kat ig jugak.. @jleomya umur 30 mommy of 3 ... husband sorang jer hahaha take care semua...semoga murah rezeki korang utk sesiapa yg tgh bergelut dlm masalah,  xkira lah apa je problem or dugaan yg korang tgh hadap... sentiasa lah postif and yakin Allah akan bantu kita xkira apa pun. alhamdulillah utk semua yg kita ada. bye.